Thursday 17 July 2014

Apa itu waktu Istiwa' ?

Matahari istiwa adalah fenomena apabila Matahari berada tepat di atas titik zenit sesuatu tempat ketika ia melintasi di meridian tempat berkenaan. Peristiwa ini berlaku apabila nilai deklinasi Matahari bersamaan dengan nilai latitud tempatan. 

Matahari akan mengalami istiwa dengan Kaabah, ketika deklinasi Matahari sama dengan latitud Kaabah. Bayang-bayang objek di mana-mana tempat di Bumi yang menerima cahaya Matahari ketika Matahari Istiwa di atas Kaabah boleh menjadi panduan arah kiblat. Ini disebabkan pada ketika itu bayang-bayang objek yang tegak akan menghala ke arah Kaabah.

Istiwa Matahari di atas Kaabah akan berlaku setiap tahun pada 28 Mei pukul 5.16 petang dan sekali lagi pada 16 Julai 5.28 petang waktu Malaysia.

Umat Islam di Malaysia berpeluang untuk menyemak arah kiblat di tempat masing-masing pada masa tersebut. Semakan boleh dilakukan dengan menggunakan bayang yang ditunjukkan oleh sebarang objek yang tegak lurus seperti tiang bendera, tiang lampu, sisi tingkap, sisi pintu atau sisi rumah.
Gimik waktu istiwa' di Dataran SMKA Melor

Beberapa orang pelajar menunjukkan arah kiblat

Faiz , Hazim , Amir dan juga Najmi





Pelajar muslimat yang lain tidak melepaskan peluang tanda arah kiblat







Kepentingan kepada kami warga SMKA Melor

Buat makluman kepada semua, sekolah kami sering mengadakan majlis solat hajat dan bacaan Yasin yang diadakan pada setiap hari Khamis. Majlis ini diadakan dua minggu sekali kerana bergiliran dengan aktiviti usrah yang dikendalikan oleh para Nuqaba' BADAR. Apa yang menjadi keunikan di sekolah kami, majlis solat hajat tersebut tidak diadakan di musalla sekolah tetapi diadakan di dataran perhimpunan ini.

Majlis solat hajat yang dilakukan di dataran ini sebenarnya telah diilhamkan oleh mantan Mudir sekolah kami iaitu Ustaz Ramlly bin Awang. Maka dengan sedikit gimik yang diadakan ini dapat memudahkan urusan majlis solat hajat tersebut dan menjadi titik penolak kepada pembinaan tugu arah kiblat yang sedang diusahakan oleh kepimpinan BADAR dan juga PERTIMA 2014. Doakan semoga ia menjadi kenyataan. Insya-Allah.



-luffah-

1 comment: