Wednesday 30 July 2014

Aidilfitri Yang Dimuliakan

Selamat Hari Raya!!!
Ucapan itu yang sering diutarakan oleh seluruh masyarakat Melayu beragama Islam apabila tibanya tarikh 1 Syawal pada setiap tahun. Maka, dengan ini pihak Badan Dakwah & Rohani (BADAR) SMKA Melor ingin mengucapkan selamat hari raya aildilfitri kepada seluruh umat Islam di seluruh pelusuk dunia. Aidilfitri yang disambut bukanlah tanda kita sudah terlepas daripada perkara haram yang ditetapkan oleh syariat Islam. Kita sebagai hambaNya perlulah sentiasa berwaspada dengan syariatnya tidak kira pada bila-bila masa. Dengan latihan semasa bulan ramadhan selama 30 hari itu sepatutnya dijadikan bekalan untuk kita mencantikkan lagi Syawal kita dengan mematuhi syariatNya.

Oleh itu, pihak muslimat BADAR tingkatan 5 dengan kerjasama MediaBADAR SMKAM telah mencipta satu video bagi lebih menerangkan tentang syariat yang biasa tidak terjaga oleh masyarakat kita. Selamat menonton!




-luffah-


Thursday 17 July 2014

Apa itu waktu Istiwa' ?

Matahari istiwa adalah fenomena apabila Matahari berada tepat di atas titik zenit sesuatu tempat ketika ia melintasi di meridian tempat berkenaan. Peristiwa ini berlaku apabila nilai deklinasi Matahari bersamaan dengan nilai latitud tempatan. 

Matahari akan mengalami istiwa dengan Kaabah, ketika deklinasi Matahari sama dengan latitud Kaabah. Bayang-bayang objek di mana-mana tempat di Bumi yang menerima cahaya Matahari ketika Matahari Istiwa di atas Kaabah boleh menjadi panduan arah kiblat. Ini disebabkan pada ketika itu bayang-bayang objek yang tegak akan menghala ke arah Kaabah.

Istiwa Matahari di atas Kaabah akan berlaku setiap tahun pada 28 Mei pukul 5.16 petang dan sekali lagi pada 16 Julai 5.28 petang waktu Malaysia.

Umat Islam di Malaysia berpeluang untuk menyemak arah kiblat di tempat masing-masing pada masa tersebut. Semakan boleh dilakukan dengan menggunakan bayang yang ditunjukkan oleh sebarang objek yang tegak lurus seperti tiang bendera, tiang lampu, sisi tingkap, sisi pintu atau sisi rumah.
Gimik waktu istiwa' di Dataran SMKA Melor

Beberapa orang pelajar menunjukkan arah kiblat

Faiz , Hazim , Amir dan juga Najmi





Pelajar muslimat yang lain tidak melepaskan peluang tanda arah kiblat







Kepentingan kepada kami warga SMKA Melor

Buat makluman kepada semua, sekolah kami sering mengadakan majlis solat hajat dan bacaan Yasin yang diadakan pada setiap hari Khamis. Majlis ini diadakan dua minggu sekali kerana bergiliran dengan aktiviti usrah yang dikendalikan oleh para Nuqaba' BADAR. Apa yang menjadi keunikan di sekolah kami, majlis solat hajat tersebut tidak diadakan di musalla sekolah tetapi diadakan di dataran perhimpunan ini.

Majlis solat hajat yang dilakukan di dataran ini sebenarnya telah diilhamkan oleh mantan Mudir sekolah kami iaitu Ustaz Ramlly bin Awang. Maka dengan sedikit gimik yang diadakan ini dapat memudahkan urusan majlis solat hajat tersebut dan menjadi titik penolak kepada pembinaan tugu arah kiblat yang sedang diusahakan oleh kepimpinan BADAR dan juga PERTIMA 2014. Doakan semoga ia menjadi kenyataan. Insya-Allah.



-luffah-

Friday 4 July 2014

PEMUDA YANG TERKENAL DI LANGIT

Pernah dengar nama Quwais Al-Qarni ? Kisah arwah Ahmad Ammar tahu ? Confirm semua tahu kan? Pemuda yang syahid ketika usia 21 tahun di bumi Turki. 

Tidak kurang hebat juga kisah Quwais al-Qarni. Quwais hidup sezaman dengan Rasulullah. Beliau seorang yang miskin yang tinggal di Yaman bersama ibunya yang sudah tua,lumpuh, dan buta. Uwais hidup hanya bersama ibunya kerana dia tidak mempunyai keluarga lain.

Cukup syukurkah kita mempunyai ahli keluarga?

apa yang menyebabkan Uwais sangat terkenal di langit ?

Kerja Uwais hanya mengambil upah mengembala qibas dan unta. Upah yang diterima cukup nafkah dirinya dan ibunya. Apabila ada rezeki lebih, digunakan untuk membantu jiran yang lain.

Beliau terkenal dengan ketaatan kepada ibunya dan Allah. Beliau sentiasa berpuasa dan pada malam hari beliau bermunajat pada Sang Khaliq bagi memohon petunjuk.

Hatinya sedih apabila setiap kali jirannya yang pulang dari Madinah dan menceritakan pertemuan bersama Rasulullah kerana beliau sendiri belum pernah menemui Nabi Muhammad.



Hari berganti hari kerinduan Uwais terhadap Nabi semakin mendalam untuk menemui Kekasih Allah. Hatinya selalu berbisik, bilakah saatnya untuk dirinya memandang wajah Rasulullah dengan dekat. Beliau rindu mendengar suara Nabi dan kerinduannya kerana iman, sedangkan beliau mempunyai seorang ibu yang lumpuh,tua dan buta. Bagaimana beliau harus meninggalkan ibunya untuk menemui Nabi?

Akhirnya kerinduan itu dipendam. Suatu hari Uwais mendekati ibunya dan meluahkan isi hatinya memohon izin untuk ke Madinah menemui Nabi Muhammad. Mendengar permohonan anaknya itu, ibunya berkata ''Pergilah wahai anakku, temuilah Nabi di rumahnya,selepas berjumpa segeralah engkau pulang''

Betapa gembiranya Uwais mendengar ucapan ibunya. Beliau segera berkemas dan menyediakan keperluan ibunya untuk ditinggalkan serta berpesan kepada jiran supaya menemani ibunya sepanjang ketiadaannya di rumah.


Selepas merentasi perjalanan yang jauh, akhirnya Uwais sampai di Madinah. Beliau segera mencari rumah Nabi lalu diketuk pintu rumah sambil mengucapkan salam. Maka, keluarlah seseorang seraya membalas salamnya.

Uwais menyampaikan hajatnya untuk menemui Nabi tetapi Nabi tidak berada di rumahnya kerana sedang berada di medan perang. Uwais hanya dapat bertemu Siti Aisyah. Betapa kecewanya Uwais yang datang dari jauh tetapi tidak dapat menemui Nabi.

Hajat di hati, Uwais ingin menunggu kepulangan Nabi dari medan perang. Namun, ketaatannya kepada ibu menyebabkan suara pesanan ibunya agar segera pulang terus terngiang-ngiang. Dia melupakan hasrat hatinya dan berpesan kepada Siti Aisyah agar menitipkan salam kepada Nabi Muhammad.

Selepas itu, beliau berangkat ke Yaman dengan perasaan terharu. Peperangan selesai, Nabi pulang ke Madinah. Setibanya di rumah Siti Aisyah memaklumkan tentang kedatangan Uwais.

Seterusnya Nabi mengatakan bahawa Uwais anak yang taat pada ibunya, adalah penghuni langit. Mendengar keterangan Nabi, Siti Aisyah dan sahabat terkejut.

Nabi meneruskan keterangannya mengenai Uwais ''Jika kamu ingin berjumpa dengan dia, perhatikanlah di tengah tapak tangannya ada tanda putih''

Selepas itu, Nabi memandang Ali dan Umar seraya berkata ''Suatu ketika kamu bertemu dengan dia, mohonlah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit, bukan orang bumi''. Selepas Nabi wafat dan digantikan dengan Abu Bakar, kemudian Umar. Beliau segera mengingatkan juga kepada sahabatnya Ali bin Abi Thalib.

Rombongan khafilah dari Yaman datang ke Madinah. Umar dan Ali segera bertanya tentang Uwais. Rombongan memberitahu Uwais ada bersama mereka dan sedang menjaga Unta di sempadan kota. Mendengar jawapan itu, segera Umar dan Ali bertemu Uwais.

Setibanya di khemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar dan Ali memberi salam. Tetepi Uwais sedang solat, selepas mengakhiri solatnya dengan salam, Uwais segera menjawab salam Khalifah Umar dan Ali sambil mendekati kedua-dua sahabat Nabi dan menghulurkan tangan untuk bersalaman.

Sewaktu berjabat tangan, Khalifah Umar membalikkan tangan Uwais untuk membuktikan kebenaran tanda putih di tengah tapak tangannya, seperti yang pernah dimaklumkan Nabi. Memang benar, terdapa tanda putih tersebut di tengah tapak tangan Uwais.

Wajah Uwais tampak bercahaya. Benarlah seperti sabda Nabi dia adalah penghuni langit. Lantas Khalifah Umar dan Ali memohon doa dan istighfar daripada Uwais dan selepas itu Khalifah Umar berjanji untuk menyumbangkan wang dari Baitulmal kepada Uwais tetapi Uwais berkata ; ''Hamba mohon supaya hari ini sahaja hamba diketahui orang. Untuk hari seterusnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui''


Rasulullah bersabda ;

''Keredhaan Allah terletak pada keredhaan Ibu bapa dan kemurkaan Allah terletak pula pada kemurkaan Ibu bapa''

(Hadis riwayat at-Tarmizi dan Hakim)

ORANG YANG BERJIWA BESAR MEMILIK DUA HATI ; 
SATU HATI MENANGIS DAN YANG SATU LAGI BERSABAR :)

-luffah-