Saturday 28 June 2014

RAMADHAN KAREEM

TIPS MENYEGARKAN DI BULAN RAMADHAN 


Matlamat puasa adalah taqwa !

Tips untuk mendapat kesihatan yang TIP-TOP sepanjang Ramadhan? Amboi, macam tak biasa puasa.
Sewajarnya kita menjadi qudwah terhebat di bulan Ramadhan terutamanya kepada mereka yang bukan beragama Islam. Walaupun kita berpuasa, kita masih gagah bergaya walaupun seharian tak makan minum.

Kita patut malu dengan generasi terdahulu yang berperang dan berjuang dalam bulan Ramadhan di tengah-tengah padang pasir yang panas dan menggigit kulit. Kita? Tewas di medan kelas berkipas 3 biji siap! Tunduk malu.

Baiklah.

Tips Segar Bulan Ramadhan!
1.Bersahur.

Penting sangat bangun sahur ni. Yang duduk asrama tu,bajet-bajet bangun awal sikit untuk turun ke dewan makan. Selain mendapat keberkatan dalam waktu sahur, ia juga memberi tenaga untuk melalui satu hari tanpa makan dan minum. Tak perlu baham empat pinggan nasi satu jug milo. Ehemm! Cukuplah sekadar mengalas perut dan membekalkan tenaga.
Malah ramai yang bersahur dengan beberapa biji tamar dan segelas air kosong sahaja, demi mendapatkan keberkatan bersahur. Itu pon memadai!

2.Berbuka dengan tamar/kurma.

Selain mencontohi sunnah Nabi,kajian yang dilakukan oleh Jabatan Buah-buahan eksotik dan terancam, Universiti Addis Ababa mendapati, buah tamar dapat membekalkan tenaga segera kepada kita yang memakannya. Kandungan gula yang mudah dihadam yang tinggi dalam tamar memastikan ia meresap dengan segera dalam darah lantas membekalkan tenaga yang diperlukan.

3.Berbuka dengan sederhana.

Seharian tanpa makanan dan minuman menyebabkan anda terliur dengan akok Cik Kiah, murtabak Kak Nab tu pula. Perghhhh! Memang semua makanan nak makan. Lepas tu dengan pencuci mulut cendol lima rasa lagi. Tapi err.. Kesian perut tu,sehari tak berisi dengan apa-apa, tiba-tiba diterjah segerombolan makanan dan minuman. Mahu tak terkejut dibuatnya!

4.Senaman ringan

Siapa kata bulan ramadhan tak boleh bersenam? Tak payah lah turun padang main bola sepak. Apa salahnya beriadah di bulan Ramadhan? Tak perlu mengalirkan peluh bergelen-gelen,cukuplah sekadar menggerakkan otot-otot yang malas dan mengaktifkan tubuh yang culas tu.

5.Kurangkan tidur

Ya,mungkin kurang yakin dengan tips ini. Tapi sebenarnya banyak tidur menjadikan anda lebih penat dan tidak bermaya. 
Terutamanya lepas sahur, elakkan menjadi ular sawa. Gunakan waktu senggang antara sahur dan subuh untuk bertilawah,zikir dan sebagainya. Waktu sahur adalah waktu yang sangat penuh barakah. 

6.Bangun malam (qiamullail)

"sungguh bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa) 
dan bacaan waktu itu lebih berkesan" 
[al-Muzammil, 73:6]

7.Perbanyakkan zikir dan tilawah

Di samping mengisi masa lapang tambahan mengisi ruang pahala *ting-ting* serta mengelakkan bosan dan ngantuk *kroff-kroff*, aktiviti sihat lagi berkhasiat init juga menguatkan jiwa dan hati pengamalnya.

*manusia yang paling hensem di dunia adalah 
yang dia yang banyak tilawah Quran* -Inche Kopiah-

8.Dhuha

Yang ini serius berkesan lagi-lagi yang nak SPM tak pun PT3 *blink-blink* 
Segarkan tubuh dengan whudu' nan sejuk dan hidupkan kembali minda dan jiwa dengan menunaikan solat sunat dua rakaat. Alah, bukan lama pon. Tak sampai 5 minit kot.

9.Sibukkan diri dengan aktiviti bermanfaat

Masa ni lah nak buat apa yang tak sempat buat masa bulan lain. For example *skipping lah pulak* subjek yang tak faham dalam kelas masa ni lah rajin-rajin pi bilik guru jumpa cikgu then tanya mana tak faham. *ada aircond kau* sejuk! Kalau bulan lain masa rehat sibuk kejar kantin dengan koperasi kan? 

10.Tadabbur quran

Kalau dah malas sangat nak bacaan, belek-belek je tafsir quran tu. Manatau tetiba jumpa surah yang menarik intisarinya kan? Siapa sangka!

Kita kan mahu berpesat ibadah sepanjang Ramadhan ni? Ye lah, haritu sibuk Pesta Sukan. Ramadhan ni PESTA IBADAH la kan? Makanya, pastilah kita perlu sentiasa segar-bugar, bertenaga dan riang gembira!

Ada tips-tips lagi? Marilah kongsi bersama untuk tambahkan saham-saham sorga ..!

Senyum.

-luffah-