Saturday 17 October 2015

Kem Khalifah Muda SMKAM 15

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum..  

   Pada 15/10/15, khamis, Tanzim Jabatan Nuqaba’ BADAR tingkatan 4 telah menganjurkan Kem Khalifah Muda khas kepada pelajar tingkatan 2 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Melor.Kem ini berlangsung selama tiga hari dua malam iaitu bemula 15/10/15 sehingga 17/10/15.Kem ini disertai 156 pelajar tingkatan 2 iaitu 69 pelajar lelaki dan 87 pelajar perempuan.

     Matlamat program ini adalah untuk melahirkan modal insan yang bersahsiah unggul dan berakhlak mulia. Di samping itu juga,melalui program ini Tanzim Jabatan Nuqaba’ tingkatan 4 dapat membentuk ciri-ciri khalifah dalam jiwa peserta iaitu para pelajar tingkatan 2.

a)      Mewujudkan ciri-ciri seorang pemimpin yang mencontohi kepimpinan khalifah islam dalam jiwa pelajar tingkatan 2
b)      Membentuk jati diri islam yang kental dalam kalangan pelajar tingkatan 2
c)      Mendedahkan para pelajar tingkatan 2 tentang 10 ciri mukmin sejati
d)     Melatih pelajar tingkatan 2 mengikuti sunnah rasulullah dalam setiap aspek kehidupan

Kem ini  dengan pendaftaran pelajar di kantin sekolah.Kemudian,taklimat sepanjang program disampaikan oleh Mohd Alif Bin Mohd Asri.Pada waktu malam,aktiviti ice breaking dan refleksi diri diadakan.Keesokan hari,pelbagai aktiviti dijalankan.Antaranya ialah qiamullail,Islamic explorance,pertandingan tazkirah spontan, riadhah tarbawi dan malam kebudayaan.Pada hari terakhir iaitu hari sabtu, penyampaian hadiah diadakan kepada para pemenang.








Persediaan Night Walk

Amir BADAR, Alif Asri mengetuai Riadah Pagi




CP Explorace Islamic.. Melakonkn semula kisah sahabat Nabi





"Bila la budak2 ni sampai.. Letih menunggu"

CP ; Tersusun dalam Urusan"







Slot Srikandi bersama Ustazah Faridah



Ikhitiar Hidup : Membakar adunan tepung dan Ubi 


Sebahagian Naqib ting 4

Sebahagian para Naqibat Ting 4



Dengan terlaksananya Kem Khalifah Muda tahunan BADAR ini dapat mengeratkan silaturrahim dan memupuk semangat kerjasama dalam kalangan para nuqaba BADAR dan para pelajar tingkatan 2 serta melatih mereka kearah kemenjadian insan yang syumul.

Segala jasa baik dan sokongan yang diberikan semua pihak amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih


Sekian.. Wallahuallam

Friday 10 April 2015

Mudahnya Menarik Rezeki..


Ramai diantara kita mungkin pernah mengalami masalah kewangan atau kesuntukan duit dalam hidup. Selain dari usaha yang bersungguh, ada beberapa amalan yang boleh dilakukan untuk memudahkan kita dikurniakan rezeki.


Artikel ini bukan bertujuan untuk mengajar pembaca tentang bagaimana mendapat rezeki, tetapi sekadar perkongsian yang mungkin boleh sama-sama memberi panduan manfaat.

Yang penting, kita kena yakin dengan rezeki Allah..

1. Menarik Rezeki Dengan Bersedekah

Ramai yang tidak tahu bahawa amalan bersedekah mampu untuk membawa rezeki yang melimpah-ruah kepada si pemberi rezeki. Amalan yang digalakkan oleh Islam ini bukanlah bermaksud sama sekali mengurangkan wang kita, malah menambah rezeki dan kekayaan kita.


Bersedekahlah tanpa perlu mengharapkan sebarang balasan.

Pernahkah kita didatangi oleh seorang peminta sedekah yang mengharapkan sedikit wang untuk membeli makanan? Bagaimana respons kita terhadapnya? Berapa jumlah wang yang kita berikan?
Bersedekah bukanlah memberikan sekecil-kecil wang yang kita miliki, Memberi RM0.10 contohnya untuk diberikan kepada peminta sedekah itu sambil dalam hati berkata “Tentu ada orang lain lagi yang akan memberikan wang kepada dia.

Usah bersedekah dengan cara ini kerana ia salah. Kerana niat kita bukanalah untuk bersedekah, sebaliknya memberi sedikit wang kepada orang tersebut.

Bersedekah dengan semampu yang boleh. Fahamkah perkataan “semampu” itu.

Tidak mungkin kita hanya mampu menghulurkan hanya 10sen sahaja, kan? =)

Lakukanlah sedekah dengan  ikhlas. 

Ikhlaskan dalam hati sehabis mungkin. 

Jangan pula ketika memberi sedekah tetapi dalam hati kita berniat agar orang peminta sedekah itu segera beredar. 

Atau berasa rugi dan merungut dalam hati ketika memberikan wang itu.

Ketika menghulurkan sedekah, janganlah disusuli dengan sesuatu perkataan yang menyakitkan hati si penerima sedekah tersebut. 

Contohnya dengan mengatakan. “Gunakan duit ini untuk perkara baik-baik, jangan pula pergi membazir.”

Walaupun niat kita baik, tetapi dalam masa yang sama kita telah menyakiti hati si penerima tersebut. Maka membuatkan sedekah kita tadi bukan lagi berupa sedekah.. rugi bukan?

Jangan mengharapkan balasan
Kita sering kali tersilap dalam memberi sedekah dan berkata dalam hati, semoga sedekah yang dilakukan oleh aku ini akan mendapat balasan setimpal. 

Sesungguhnya memberikan sesuatu tanpa mengharapkan balasan adalah lebih mulia disisi Tuhan berbanding mengharapkan balasan.

Allah menyatakan dalam firmanNya;
“Orang yang menafkahkan hartanya pada malam dan siang hari secara sembunyi dan terang-terangan, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kebimbangan pada mereka dan tidak pula mereka bersedih.” [Al-Baqarah: 274]
Memberikan sesuatu yang berguna
Pernah terlihat amalan masyarakat kita yang memberikan barangan pakaian-pakaian buruk dan lama atau buku-buku yang ingin dibuang? 

Seeloknya, bersedekahlah dengan wang atau barangan yang masih baik dalam keadaan elok. Bukannya dari barangan yang ingin dibuang. Kita hendak bersedekah, bukan menolak “sampah” kita kepada mereka yang tidak bernasib baik.

Bagaimana kita boleh mengharapkan rahmat Allah kepada kita sedangkan kita membuat perbuatan seperti itu?Buatlah si penerima berasa gembira. Walaupun kita tidak mampu bersedekah lebih, sekurang-kurangnya buatlah hati mereka merasa gembira. Insyaallah, jauh disudut hati mereka akan mendoakan kita kembali agar mendapat kebaikan dunia dan akhirat.

2. Menarik Rezeki dengan Berdoa

Selepas berusaha melakukan kerja, jangan lupa untuk berdoa. Apa sahaja tindakan yang diiringi doa, akan diperkenankan oleh Allah SWT.

Berdoa  dan meminta adalah sifat semula jadi manusia. Hanya dengan doa, segala permintaan dapat didengari oleh-Nya. Insyaallah, rezeki akan tiba kepada kita cepat atau lambat sahaja.

Sebelum memulakan kerja, lakukan sedikit doa memohon keberkatan dari pekerjaan yang kita jalankan dan tanamkan niat berkerja mencari rezeki yang halal. Yang kita mahukan adalah dilimpahkan rezeki yang halal dan berkat.
“Ya Allah, Ya Tuhan yang Maha kaya, wahai Tuhan yang Maha Terpuji, wahai Tuhan yang Maha Pencipta, wahai Tuhan yang Maha Mengembalikan, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang, kayakan aku dengan perkara-perkara yang dikau halalkan dan bukan daripada yang dikau haramkan, serta dengan kelebihan atau kurniaan-Mu bukan daripada mereka selain daripada -Mu.”

3. Mengamalkan Solat Sunat Dhuha

Solat ini sering diamalkan oleh ahli perniagaan Muslim. Sehinggakan ada yang mengamalkan solat sunat ini seperti sebahagian solat wajib.

Solat Dhuha ini satu-satunya solat yang memberikan limpahan rezeki dari Allah SWT. Jika diamalkan selalu, InsyaAllah pintu rezeki akan terbuka luas. Solat dhuha sering dikatakan magnet rezeki. Dengan melakukan solat ini, rezeki yang dipohon akan segera menjengah kita.

#########
Solat sunat dhuha, membaca surah al-waqiah, sentiasa beristighfar, perbanyakkan sedekah, menjauhi maksiat  juga cara untuk menjemput rezeki.

sekian...



semoga pembaca mengambil manfaat daripada perkongsian ini.. InsyaAllah

CINTA SMS untuk siapa ??





Bercinta dan perasaan cinta mungkin sesuatu yang sukar dielakkan pada zaman ini. Dengan kemudahan teknologi perhubungan, hampir mustahil pemuda dizaman ini tidak bercinta, walaupun sekurang – kurangnya hanya dengan ber-sms.

 SMS, sbagai contoh memang satu cara berhubung yg mudah, ringkas dan selesa. 

Namun, dari sinilah munculnya CINTA SMS.. 

Memberi cinta, berkongsi cinta, melepas rindu yang terjerumus ke arah zina.




Mesej cinta selalunya berbunyi begini :

"hai sayang, tengah buat ape tu ?" 

Tanpa mengetahui identiti si penghantar, si penerima membalas mesej tersebut :

"tak ada buat apa-apa." 

Mengapa perlu terjerumus dalam dunia percintaan sebegini ?

"i love you" 
"i miss you".. 

Perkataan begini semakin mengundang rasa gelabah. 

Terperangkap dalam cinta SMS lebih dahsyat kerana ia tak ubah seperti bercinta dengan bayang-bayang. 

SMS yang dirasakan 'berkeramat' disimpan untuk dibaca apabila rindu menjenguk. 
Sedangkan bermesej perkara yang sia-sia dengan yang bukan muhrim kita adalah HARAM





Mengapa perlu bercinta ?

 Tidakkah kita terfikir bahawa kita ini masih remaja. Masih banyak dugaan dan rintangan yang perlu dihadapi. 

Adakah si 'dia' akan sentiasa bersama kita kala susah dan senang ? 

Adakah anda jamin ?  

Tidakkah kita rasa bahawa bercinta pada masa remaja mensia-siakan ? 

buang topup.. 

cinta pada masa remaja tak ubah seperti 'cinta monyet'.. 

Dan ianya akan terjerumus ke arah zina..

Adalah lebih baik jika para remaja tumpukan perhatian pada pelajaran. 
Tidak perlu berfikir soal cinta. Belum masanya lagi. 





'SIMPAN UNTUK YANG HALAL'

Sunday 29 March 2015

Kem Kesedaran Minda BADAR 2015

PENDAHULUAN

Program Kem Kesedaran Minda BADAR 2015 telah pun sempurna dijalankan pada 26 hingga 28 Februari 2015 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Melor. Program ini telah dikelolakan oleh barisan alumni Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) pada tahun 2014. Barisan alumni BADAR seramai 20 orang beserta dengan beberapa orang guru penasihat BADAR telah berkampung selama 3 hari 2 malam di SMKA Melor bagi menjayakan program ini.

OBJEKTIF

1-Memberi kefahaman yang jelas kepada nuqaba’ tentang peranan mereka dalam bentuk            pemikiran yang luas.
2.Memberi pengisian hati dan rohani kepada nuqaba’ selaku pewaris Islam.
3.Melahirkan generasi yang saling berkasih saying dan mempunyai semangat ukhuwah yang tinggi.

SASARAN

Semua Nuqaba’ BADAR 2015

TARIKH

26-28 Februari 2015

TEMPAT

Dewan Al-Ghazali SMKA Melor

ANJURAN

Alumni BADAR 2014

JAWATANKUASA PROGRAM

Penasihat: Puan Hjh Naizan Binti Salleh
Pengarah: Mohamad Hazim Bin Mohd zahari
Pen. Pengarah: Nurul ‘Ain Binti Mohd Razani
Setiausaha: Tuan Najmi Izzat Bin Tuan Maihazam
Bendahari: Ahmad Safri Bin Roslin
Pen. Bendahari: Eqa Mardihah Binti Che Anuar

Kem Komanden: Mohamad Hazim Bin Mohd Zahari
                            Nurul ‘Ain Binti Mohd Razani
Ketua Fasilitator: Muhammad Amir Syafiq Bin Abd Hadi
                             Nur Syafikah Binti Abdullah
Urusetia Pendaftaran: Aliff Luqman Bin Md. Zulkiplee
                                     Nur Adlina Alia Binti Azaman
Urusetia Makanan: Haris Muqri Bin Samsuairi
                                 Afiqah Nadia Binti Daud
Urusetia Peralatan: Wan Mohamad Syamim Bin Wan Syamsuddin
Urusetia Dokumentasi: Wan Ahmad Sharifuddin Bin Wan Shaffee
                                       Fatini Binti Md. Zahari
Urusetia Aturcara Majlis : Nor Syazana Farhanah Binti Kamaruddin

Fasilitator : Muhammad Amir Syafiq Bin Abd Hadi
                    Abdul Rahman Huzaifi Bin Ahmad Fathil
                    Nik Abdul Adzeem Bin Nik Azhar
                    Mohd Hazrul Bin Mohd Addnan
                    Ahmad Fitri Bin Ibrahim
                    Mohd Faiz Bin Mat Nordin
                    Nur Syafikah Binti Abdullah
                    Nur Arifah Binti Zaid
                    Amni Amalin Binti Sam’un
                    Nur Aliya Farhanah Binti Nor Azlan
                    Nur Fadilah Binti Abd Aziz
                    Nur Fathiah Binti Azmi
                   

Pada tarikh 26 haribulan dua 2015, program Kem Kesedaran Minda BADAR 2015 telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Melor. Program ini dijalankan selama tiga hari dua malam. Pada hari pertama, program dimulakan pendaftaran peserta pada jam 5.00 petang. Setelah menunaikan solat asar secara berjemaah, para peserta diminta untuk mendaftarkan diri di hadapan Dewan Al-Ghazali. Proses pendaftaran berjalan dengan lancar di mana para peserta memberikan komitmen yang baik.

Setelah para peserta mendaftarkan diri, mereka diarahkan untuk memasuki dewan untuk talimat program. Taklimat program diadakan di dalam dewan dengan dikelolakan oleh Kem Komanden, Hazim Zahari. Para peserta diberikan taklimat tentang perjalanan program dan juga peraturan-peraturan sepanjang program. Para peserta juga dikehendaki menyanyikan lagu tema program iaitu lagu Hadapilah dan juga lagu tema BADAR iaitu lagu Langkah Perjuangan. Para peserta telah menyanyikan dengan penuh semangat lagu-lagu tersebut.

Pada jam 7.00 malam, para peserta dikehendaki bergerak ke Musalla As-Syakirin bagi menunaikan solat maghrib dan isyak secara berjemaah. Solat maghrib dan isyak diimamkan oleh guru penasihat yang bertugas iaitu Ustaz Hamzah Bin Ismail.

Pada jam 9.00 malam, para peserta diarahkan untuk ke dewan bagi menjalani slot seterusnya iaitu slot Ice-Breaking. Dalam slot Ice-Breaking, para peserta dikehendaki menjalani dua permainan iaitu permainan Selipar Ukhuwah dan juga Balang Berair. Permainan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara peserta dan juga fasilitator. Slot Ice-Breaking ini dapat dijalankan dengan baik.


Para peserta gembira menjalani aktiviti Ice-Breaking.



Kem Komanden sedang memberi arahan.

            Slot Ice-Breaking dan juga Team Building telah berakhir pada jam 10.30 malam. Para peserta dikehendaki untuk minum malam bersama-sama di kantin sekolah. Setelah minum malam, para peserta dibenarkan untuk berehat  dan tidur di asrama sekolah.

            Pada hari kedua, program dimulakan dengan aktiviti qiamullail berjemaah di Musalla as-Syakirin. Aktiviti qiamullail telah diimamkan oleh Ustaz Hamzah Bin Ismail. Setelah siap berqiamullail secara berjemaah, para fasilitator dan juga peserta telah menunaikan solat subuh secara berjemaah bersama-sama dengan para pelajar asrama.

            Pada jam 8.00 pagi, para peserta dikehendaki berkumpul di dataran untuk menjalani aktiviti seterusnya iaitu Kembara Ilmu. Para peserta dikehendaki menempuh tujuh perhentian yang setiapnya mempunyai permainan yang mencabar dan berilmiah.






Aktiviti Kembara Ilmu telah berakhir dengan jayanya pada jam 12.30 tengah hari. Semua peserta diberikan masa rehat untuk minum pagi di kantin. Seterusnya para peserta dikehendaki melakukan persiapan untuk solat jumaat bagi lelaki. Bagi peserta perempuan, mereka dikehendaki mengikuti slot srikandi bersama-sama fasilitator perempuan.

Program seterusnya diteruskan pada jam 3.00 petang. Aktiviti seterusnya ialah latihan dalam kumpulan (LDK) yang diadakan di dewan al-Ghazali. Dalam aktiviti ini, para peserta dikehendaki berlakon tentang situasi yang telah diberikan oleh para fasilitator. Aktiviti ini telah diadakan dengan jayanya.

Pada jam 5.30 petang, program diteruskan dengan aktiviti Riadah Tarbawi . Aktiviti ini dilakukan secara berasingan antara peserta lelaki dan perempuan. Aktiviti ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di samping untuk menyihatkan tubuh badan.





Pada sebelah malam, program diteruskan pada jam 9.00 malam. Aktiviti seterusnya diadakan di dewan al-Ghazali. Dalam aktiviti ini, para peserta telah diberikan satu barang kepada setiap kumpulan. Para peserta dikehendaki mengkaji barang yang diperoleh dan mengkaitkan barang tersebut dengan kehidupan. Aktiviti ini bertujuan untuk melatih pemikiran para peserta untuk lebih terbuka dan menilai sesuatu dengan lebih mendalam. Syukur kerana aktiviti ini dapat dijalankan dengan sebaiknya dan para peserta memberikan respons yang positif.




Pada hari ketiga,  setelah menunaikan solat subuh secara berjemaah, aktiviti diteruskan dengan aktiviti seterusnya iaitu latihan dalam kumpulan ketiga. Dalam aktiviti ini, para peserta telah diberikan seutas tali panjang kepada setiap kumpulan. Setiap kumpulan perlu mengikat hujung tali tersebut dengan satu pen sahaja. Para peserta perlu membawa pen yang diikat tersebut dengan menggunakan tali yang diberikan tadi. Tali tersebut perlu diletakkan dalam mulut dan di bawa ke dataran untuk diletakkan dalam botol.

Aktiviti LDK 3 tamat pada 10.00 pagi. Aktiviti diteruskan lagi dengan slot Sharing Moment di mana dikendalikan oleh kem komanden sendiri. Slot ini memerlukan para peserta meluahkan segala perasaan serta input yang diperoleh sepanjang menyertai program ini. Semua peserta telah menunjukkan komitmen yang baik dan juga memberikan respons positif terhadap setiap aktiviti yang dijalankan.

Pada jam 11.00 pagi, Majlis Penutupan telah diadakan di dalam dewan al-Ghazali. Majlis ini dihadiri oleh ketua guru penasihat BADAR sendiri iaitu Ustazah Hjh Naizan Binti Salleh. Oleh kerana Puan Pengetua, Ustazah Wan Mahiran Binti Salleh tidak dapat menghadirkan diri kerana masalah yang tidak dapat dielakkan, maka ustazah Naizan telah menggantikan tempat beliau untuk merasmikan majlis penutupan tersebut. Dalam ucapan tersebut, ustazah Naizan meminta para nuqaba’ yang menyertai program ini supaya mengambil sebanyak mungkin ilmu yang diperoleh dan gunakan dalam usrah dan juga kehidupan seharian. Beliau juga meminta supaya para nuqaba’ sentiasa merujuk dan bertanya kepada para alumni BADAR SMKA Melor tentang masalah dan cara penyelesaian serta pengurusan usrah dan sebagainya.

Setelah merasmikan majlis penutupan, ustazah Naizan telah menyampaikan hadiah-hadiah kepada para peserta program. Aturcara penyampaian hadiah dapat dijalankan dengan lancer sekali.



                       Ustazah Naizan menyampaikan hadiah kepada para peserta perempuan.


Ustazah juga menyampaikan hadiah kepada para peserta lelaki.


Sesi penggambaran telah diadakan setelah acara penyampaian hadiah diadakan. Urusetia dokumentasi iaitu Sharifuddin dan Fatini Zahari telah ditugaskan untuk menyusun atur para pelajar. Sesi penggambaran telah diadakan dengan jaya sekali. Para peserta dan juga fasilitator gembira kerana melalui gambar juga mampu mengeratkan hubungan silaturrahim antara mereka.



Semua peserta dan fasilitator bergambar kenangan bersama-sama.

Setelah tamat sesi penggambaran, para peserta dan juga fasilitator bersalam-salaman sebelum pulang. Kelihatan ada peserta yang menangis kerana sedih untuk berpisah dengan fasilitator yang sudah meninggalkan sekolah. Kelihatan utuh semangat ukhuwah antara mereka yang telah terbina sekian lama sebelum ini. Setelah itu majlis bersurai.


PENUTUP

Adalah diharapkan dengan program Kem Kesedaran Minda BADAR yang diadakan selama tiga hari dua malam ini dapat memberikan manfaat yang banyak kepada para peserta dan juga fasilitator dalam menghadapi cabaran yang kian mendatang. Diharapkan juga dengan terlaksananya program ini dapat melunaskan sedikit amanah yang telah diberikan kepada para Alumni BADAR 2014 yang menerajui BADAR pada tahun lepas. Semoga program ini dapat diteruskan lagi oleh para alumni akan dating dan dilaksanakan dengan baik. InsyaAllah.